Friday, March 27, 2020

terbiar

setahun setahun aku jengah sini
singgah sekejap
masuk lihat apa yang ditinggal
lap sana sini sikit
update mungkin sekadar buat tarikh terlihat terganti
kemudian pergi menyepi
lalu ia terus terbiar lagi
tanpa sedar tahun bertukar  lagi

tapi
apa yang pasti
aku takkan pernah lupa sini
walau lama mana ia terbiar sepi
aku takkan lupa
tak pernah.
insha allah aku datang lagi.

Sunday, June 30, 2019

No tittle

Assalamualaikum..

belek tarikh last posting.
september 2018.
hampir setahun ditinggal sepi.

jari selalu saja rindu
malah hati tetap saja ingin
cuma rajin yang selalu ke laut
skill writting juga entah ke mana
sampai post tittle saja terbiar kali ini
😆😆😆😆😆

banyak sangat yang ditempuh
entah nak mula yang mana satu
nanti aku fikir
dapat jawapan aku update lagi ya.
moga-moga update itu jadi kenyataan.
hahaha..


aku lupa aku punya tempat rahsia untuk dilepaskan
patutlah dada sesak menahan semua cerita.. 😌



Wednesday, September 19, 2018

japanese cotton cheesecake!

Assalamualaikum korang.

suka makan cheesecake?
aku.
sebab tu aku blajar buat cheesecake. samada pure cheesecake atau japanesecotton cheesecake. dua2 aku suka. tapi x bole makan selalu lah. 🤭

dari buat suka suka ntuk sendiri makan, jamu kawan2 makan, buat tambat hati mak crush. eh. tetiba terjual dan terjadi lah bisness kecil kecilan.

sorang order, pastu request topping. pastu post kat fb, sorang sorang lagi order. nak jadi rezeki masa tu tgh bulan raya. non stop la order masuk sbb org dok buat jamuanraya. alhamdulillah. ni namanya rezeki tak disangka.

dari bulan 6 haritu smpai lah harini, dlm seminggu tu msti mixer aku berpusing jgak lah. creamcheese pulak sntiasa kena ada at least ntuk 1 adunan. sbb org suka order last minit. nak esok, pukul 10 malam pon bole proceed order lagi wei. gigih tak aku cari duit. hehe.

bila kita buat benda yg kita suka, kita mmg tak pernah kisah dan berkira. happy lagi ada.

sepanjang jual japanesecotton cheesecake ni aku slalu terharu. sbb dpt jmpa balik kwn2 skolah yg lama gila x jmpa. yg tak pernah contact. yg 5 taun blaja skali x penah pegi rumah pon, tp skrang tau dah. sebab apa? sbb pi cod kek. bukan takat membe 1 batch, senior pon sama. seronok rasa. puas. bole release stress. happy bila bole buat org happy bila mkn apa yg kita masak. bukan la nak kata sedap sgt, entah aku pon bukan slalu mkn sgt kek tu tp alhamdulillah org suka. so aku teruskan saja.

adik bradik semua sokong. kawan2 slalu bg semangat. mak paling seronok. tiap kali aku nak deko cake, mak akan duk sebelah. walaupun pukul 1 pagi. itulah mak kita kan. sntiasa bg smngat. bila aku mengeluh deko x jadi, x cantik. mak x pernah kata x cantik. tapi mak akan bgi kata2 positif lg. trima kasih mak😘.

mak lagi happy bila tgok ada hasil yg bernilai aku boleh beli dari duit jualan kek.
tadaaa. .

aku pernah hilangkan cincin pusaka mak bgi. tak ganti smpai sekarang. tp x smpai 2 bulan aku jual kek alhamdulillah ini hasilnya. 

ingat lagi masa nak beli cincin ni, ada kak tu tegur, cari cincin tunang ke sarah? 😅haha..amboi kak pantang pegang cincin belah rotan sikit. risik tunang semua kluaq. xde lah. xde sapa nk bg cincin tunang kat saya lagi, tu yg beli sndri. 😂. mana la nk tau kan. kot asbab dri cincin ni, ada yg terbukak hati bg cincin tunang. 🤭😉

aminnn.   




okay, ni antara kek yg dah terjual. alhamdulillah. 
korang melting tak tgok? 
moh le order. hehe.. 😉 

doakan aku terus berjaya okay. 
duit kawen tak kumpul lagi ni. haha. 
kbai.
eh  thanks singgah.